Kadar inflasi bagi negara Malaysia dilaporkan meningkat 1.5% pada bulan Ogos berbanding setahun yang lalu. Menurut laporan daripada Jabatan Statistik Malaysia, peningkatan ini disebabkan oleh kenaikan harga daging dan ikan.
Dalam laporan pada Rabu, kadar teras inflasi tidak temasuk makanan segar serta barangan terkawal juga dilaporkan melonjak sebanyak 2.2%.
Selain itu, data harga pengguna juga melonjak sebanyak 0.4% pada bulan Ogos berbanding bulan Julai. Kenaikan utama disumbang oleh makanan dan minuman, kos perumahan, termasuk bil utiliti.