Mimpi Ngeri Buat Semua Pekerja Petronas!

209

Menurut Wall Street Journal (WSJ), syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang mengkaji untuk mengurangkan beberapa ratus orang pekerjanya lagi berikutan pergelutan dengan harga minyak yang kian melemah saban hari.

Petronas, yang mendapatkan hasil utama daripada penjualan minyak dan gas sebelum ini berkata ia bakal memotong 1,000 pekerjaan.

Keputusan ini lanjutan daripada pengurangan perbelanjaan oleh Petronas sebanyak 11.4bil dalam tempoh empat tahun akan datang. Pada akhir tahun 2015, Petronas mempunyai kira-kira 53,000 orang pekerja.

Menurut WSJ lagi, Petronas dalam rangka untuk mengkaji strategi perniagaannya serta bilangan kakitangan. Hal ini bagi disesuaikan dengan perubahan mendadak yang berlaku dalam permintaan minyak dan gas.

Keperitan ini bakal dirasai oleh semua kakitangan Petronas tanpa mengira peringkat.

3 syarikat Petronas yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities termasuklah Petronas Chemicals Group Bhd, Petronas Gas Bhd dan Petronas Dagangan Bhd.

Berdasarkan laporan tahunan 3 syarikat ini, Petronas Chemicals Group Bhd mempunyai seramai 4,659 orang pekerja, Petronas Gas Bhd 2,187 orang dan Petronas Dagangan Bhd seramai 1,900 orang pekerja.

 

Adakah Ini Salah Satu Faktor Kemenangan Pro-Brexit?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat