Halving Semakin Dekat, Jangan Harap LTC Nak Bullish?

528

“Adakah harapan pelabur untuk harga LTC naik akan musnah begitu sahaja?’

Seorang trader mata wang kripto digelar DonAlt mendedahkan bahawa beliau enggan melabur dalam Litecoin (LTC) walaupun rangkaian pembayaran peer-to-peer (P2P) itu mempunyai beberapa minggu lagi untuk acara halving.

Menurut DonAlt kepada 496,000 pengikut akaun Twitter miliknya, harga LTC berkemungkinan menyaksikan pergerakan mendatar sejurus selepas acara halving tersebut yang akan mengurangkan ganjaran miners pada separuh.

DonAlt yang berpandangan harga LTC tidak mampu mencapai paras tertinggi baharu pada tahun 2023 semasa acara halving kedua pada 2 Ogos akan datang telah berhenti melabur dalam aset digital itu sejak setengah tahun lalu.

Hal ini kerana halving bukanlah pemangkin yang dapat melonjakkan harga LTC memandangkan kebanyakan pelabur hanya membelinya untuk menjana sejumlah keuntungan dalam jangka pendek.

Bagaimanapun, trader kripto itu berhasrat untuk membeli lebih banyak LTC pada tahun 2026 ketika acara halving keempat berlaku biarpun sudah melihat nisbah pasangan dagangan LTC/BTC susut lebih 80% daripada nilainya selepas halving.

Beralih pula pada BTC, DonAlt berkata bahawa aset digital tersebut tetap kelihatan lemah walaupun terdapat pelbagai berita positif, antaranya adalah kemenangan Ripple (XRP) dalam pertempuran undang-undang dan BlackRock yang ingin memohon untuk spot BTC ETF.

Sehingga berita ini ditulis, harga LTC menjunam sebanyak 0.24% pada paras $92.39 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $6 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 3.65% sepanjang minggu lepas.

Manakala harga BTC melonjak sekitar 0.02% pada paras $29,992 dalam tempoh 24 jam terakhir tetapi masih tergelincir 1.08% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat