Hanya Melalui Media Sosial, Pelabur Runcit Juga Kini Beralih Kepada Bitcoin

267

Fidelity Digital Assets di dalam satu laporan memberitahu pelabur runcit nampaknya turut berminat dan akan beralih kepada matawang digital memandangkan mereka sudah terbiasa dengan pendekatan Bitcoin (BTC) dan kripto lain menerusi platform media sosial.

Minat terhadap aset digital itu didorong oleh maklumat dan nasihat kewangan yang nyata lebih efektif dan mampu tular dalam masa yang singkat melalui laman media sosial seperti Twitter, Reddit, Telegram, YouTube dan TikTok.

Ini membuktikan media sosial nyata mendominasi idea dan permikiran penggunanya yang mempunyai latar belakang yang pelbagai berbanding cara konvensional.

The TIE sebelum ini juga mendedahkan rupanya lambakan pendedahan Bitcoin di laman media sosial mampu mendorong kepada lonjakan nilai matawang digital.

Walaupun begitu, Fidelity Digital Assets menekankan bahawa rentak pelabur runcit dan pelabur institusi adalah berbeza. Coinbase akui perbezaan ini dengan menjelaskan pelabur institusi lebih gemar untuk membeli ketika harga aset itu susut.

Uniknya Bitcoin kerana aset ini didorong oleh peruncitan.

Peningkatan runcit dalam pasaran konvensional menerusi lonjakan kebanyakan platform menjadikan perdagangan lebih mudah, termasuk Robinhood yang menyaksikan trafik penggunaan yang tinggi sepanjang pandemik.

Malah, peningkatan yang berterusan jumlah wallets yang menyimpan kurang satu Bitcoin penuh adalah bukti pelabur runcit mendapati aset itu sebagai pelaburan terbaik.

Minat institusi juga sebenarnya dapat meningkatkan permodalan pasaran Bitcoin sehingga $1.3 trilion dengan bergantung kepada 10% pelaburan dari pelaburan alternatif dan pendapatan tetap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat