Harapan Baru Buat Pasaran Komoditi Ini Masih Samar-Samar

50

Harga minyak mentah memanjat angka lebih tinggi berikutan harapan bahawa pengeluar-pengeluar minyak utama bersetuju untuk membendung pengeluaran minyak mentah. Peningkatan komoditi ini juga  sekali gus mengetepikan data mengecewakan dari China.

Di New York Merchantile, WTI mentah meningkat kepada $43.63 setong. Di Intercontinental Exchange (ICE), Brent mentah meningkat 0.15% kepada $46.11 setong.

Sebelum ini, China yang merupakan pengimport minyak mentah kedua terbesar dunia mengumumkan data yang mengecewakan pasaran.

Sementara itu, peningkatan semula harga minyak mentah ini dicatat selepas Agensi Tenaga Antarabangsa yang berpengkalan di Paris mengeluarkan kenyataan bahawa pasaran tenaga global sedang bergerak ke fasa pengimbangan semula.

IEA pula meramalkan pertumbuhan global yang perlahan kepada 1.2 juta tong sehari pada tahun 2017 berikutan harga minyak mentah yang melemah.

Klik pautan ini untuk artikel yang berkaitan dengan minyak mentah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat