Harapan Pasaran Minyak Mentah Masih Menggunung Tinggi!

35

Harga minyak mentah meningkat pada hari Jumaat selepas mencatat kerugian lebih daripada 3% sehari sebelum itu. Pasaran dilihat berhati-hati meneliti data NFP yang bakal mengukur kekuatan ekonomi terbesar dan minyak terbesar di dunia.

Minyak brent dan WTI mentah merekodkan kerugian terbesar mingguan berikutan jumlah inventori yang meningkat semenjak Januari lalu.

Dalam masa yang sama,  pelabur pasaran ini masih ragu-ragu terhadap pembekuan bekalan oleh OPEC yang bakal dicapai bulan ini. Namun, pembekuan ini dilihat perlu bagi membendung masalah lebihan bekalan yang sekian lama membarah dalam pasaran ini.

Brent mentah meningkat 50 sen kepada $45.95 setong, manakala WTI mentah melonjak 47 sen kepada $43.63 setong.Ric Spooner, penganalisis pasaran CMC berpendapat bahawa momentum pasaran minyak mentah menunjukkan trend menurun.

Ada yang ingin ‘bersilat’ dengan NFP malam ini? Baca dulu artikel ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat