Harapan Pasaran Semakin Meningkat – Ini 10 Intipati Dalam Belanjawan UK !

297

Menteri Kewangan UK Rishi Sunak berjanji untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi melindungi ekonomi UK sebagaimana yang diucapkan oleh beliau dalam penyampaian bajet kewangan buat kali kedua.

Kata beliau, banyak yang telah berubah namun satu perkara tetap sama iaitu saya akan melakukan apa sahaja untuk melindungi ekonomi UK. Ekonomi akan pulih dan belanjawan ini adalah tepat pada masanya dengan 3 bahagian utama untuk melindungi pekerjaan dan kehidupan rakyat Britain.

Sunak mengumumkan puluhan billion lebih banyak untuk belanjawan kali ini bagi  membantu ekonomi pulih dari Covid-19 . Pengumuman belanjawan kali ini akan merangkumi:

1. Lanjutan skim furlough sehingga akhir bulan September dan pemberian baru untuk pekerja bekerja sendiri yang dianggarkan berharga sekitar £ 10 billion.

2. Program baru pinjaman untuk menyokong perniagaan semasa ‘lockdown’. Semua jenis saiz perniagaan boleh menuntut ‘pinjaman pemulihan’ sebanyak £ 25,000 hingga £ 10 juta hingga akhir 2021, dengan jaminan kerajaan sebanyak 80%.

3. Lanjutan selama 6 bulan dalam faedah kredit umum.

4. Pemberian £12 billion modal dan £10 billion geran kerajaan untuk menyokong pembentukan infrastruktur bank dimana ia akan digunakan untuk melabur dalam projek jangka panjang.

5. Pelanjutan diskaun percutian sehingga 60% hingga akhir tahun.

6. Pemberian £ 5 billion untuk perniagaan ‘high street’ bagi membantu pembukaan semula kedai dan restoran.

7. Peruntukan £ 1.65 billion untuk membiayai program pengedaran vaksin dan £ 55 juta untuk ujian dan pengembangan vaksin.

8. Peruntukan £ 700 juta untuk membantu institusi budaya dan sukan agar kembali normal.

9. £ 126 juta diperuntukan untuk program latihan sebagai sebahagian daripada inisiatif Rancangan Pekerjaan.

10. £ 520 juta untuk membiayai latihan perniagaan untuk pemilik perniagaan kecil.

Dapat disimpulkan bahawa pengumuman Sunak pada hari Selasa adalah sebahagian besar memberi tumpuan pada sokongan ekonomi dalam jangka pendek dan dalam masa yang sama peningkatan cukai akan diperlukan pada masa hadapan bagi memperbaiki perbelanjaan awam UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat