Harga Barangan Yang Mahal Tidak Jejaskan Segelintir Pengguna, Jualan Runcit A.S Pada Jun Melonjak Naik!

316

Jualan runcit A.S dilaporkan melonnjak lebih daripada jangkaan pada bulan Jun yang membawa indikasi bahawa pengguna masih mengekalkan perbelanjaan mereka walaupun terpaksa membayar lebih untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang berbagai.

Berdasarkan Jabatan Statistik, jualan runcit yang tidak diselaraskan dengan inflasi meningkat 1% dari bulan Mei.Data bulan Mei pula disemak semula sehingga menunjukkan penurunan hanya 0.1% daripada anggaran asal sebanyak 0.3%. Dari segi tahunan, jualan meningkat 8.4% daripada Jun 2021.

Jualan teras, yang tidak termasuk kereta, juga meningkat sebanyak 1.0%, lebih ketara daripada kenaikan 0.6% yang dijangkakan.

Data ini dikeluarkan selepas Gabenor Rizab Persekutuan Chris Waller berkata bahawa jika data jualan runcit dan perumahan untuk bulan lepas keluar lebih kuat daripada jangkaan, beliau akan terbuka untuk menaikkan sasaran kadar faedah the Fed dengan 1% penuh pada mesyuarat dasar the Fed pada penghujung bulan Julai.

Namun harus dimaklumi bahawa sebahagian memandang ia tidak mencukupi untuk mengubah konsensus pasaran, memandangkan Presiden Rizab Persekutuan St. Louis James Bullard lantang bersuara untuk mengetatkan dasar. Beliau secara peribadi menjangkakan kenaikan hanya 75 mata asas bulan ini.

Jualan di stesen minyak mencatatkan kenaikan paling kukuh dalam mana-mana kategori, dengan peningkatan 3.6% pada bulan tersebut. Ia meningkat 49% yang mengejutkan daripada tahun sebelumnya, disebabkan kenaikan harga minyak mentah global sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Indeks US dolar meneruskan penyusutan kepada paras dagangan 107.9.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat