Harga Bitcoin Mencecah Paras $13,499 Di Pertukaran Golix, Krisis Politik Di Zimbabwe

166

Harga bitcoin mencecah $13,499 di Golix berikutan situasi di Zimbabwe telah mempengaruhi harga global matawang crypto. Matawang-crypto melepasi $8000 sekali lagi disebabkan kegagalan Presiden Mugabe untuk menangani pemberontakan rakyatnya.

Rakyat Zimbabwe telah mengunakan bitcoin sebagai penyimpan nilai dan kekayaan supaya dapat mengelak dariapda Mugabe.

Pada bulan September berlaku hyperbitcoinization di Zimbabwe apabila negara itu ingin menggunakan bitcoin sebagai transaksi. Pada buan Oktober, permintaan Zimbabwe mula mempengaruhi harga global matawang crypto dan 2 minggu lepas, harga bitcoin naik 2 kali lipat disbebakan kekacauan di negara itu dengan pengulingan kerajaan, menyebabkan permintaan melonjak tinggi. Harga bitcoin mencapai paras $13,000 ketika itu.

Pada ketika ini, kudeta tentera telah berjaya untuk menggulingkan kerjaan namun Mugabe masih belum lagi mengundurkan diri. Harga bitcoin didagangkan pada $13,499 di pertukaran Golix Zimbabwe.

Pertukaran perdagagnan Golix telah mencapai $1 juta transaksi pada bulan lalu, peningkatan dariapda $100 ribu sejak tahun 2016.

Menurut penganalisis Forex Otunuga, harga bitcoin berkemungkinan mencapai paras $10,00 pada akhir tahun ini.

Harga bitcoin jatuh sedikit daripada paras tertinggi iatu pada $8,118 sebelum jatuh ke paras $7,958.0 di pertukaran Bitfinex setakat jam 11.50 pagi.

Bitcoin Cash kini jatun daripada paras tertinggi iaitu pada $2790.00 kepada paras $1,183.10. Bitcoin gold jatuh 3.24% kepada 113.26 setakat jam 11.50 pagi.

Ethereum yang merupakan matawang-crypto kedua yang paling bernilai selepas bitcoin mencatat pertumbuhan $1.19% kepada $358.72 bagi satu ethereum  setakat jam 11.50 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat