Harga Emas Jatuh Lepas Powell Buka Mulut Semalam!

1,398

Emas alami peningkatan sedikit di awal dagangan Asia selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell menyampaikan ucapannya di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat AS dan menyatakan bahawa inflasi bergerak ke arah matlamat 2%.

Namun, Fed masih belum bersedia untuk laksanakan penurunan kadar faedah dalam masa terdekat.

Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,367.45 iaitu naik sebanyak $3.25 (0.14%) sejak ia dibuka pada dagangan Asia pagi tadi.

Logam kuning itu memulih sedikit di tengah-tengah bon Perbendaharaan AS dan mata wang USD yang kukuh.

Nota hasil 10 tahun AS meningkat satu setengah mata asas kepada 4.296% dan aliran Indeks Dolar AS (DXY) terus melepasi paras 105.00 mata iaitu meningkat 0.14%.

Jerome Powell turut menekankan bahawa inflasi yang tinggi bukanlah satu-satunya risiko yang Fed hadapi dan memberi amaran bahawa jika mereka menurunkan kadar faedah terlalu cepat akan meletakkan ekonomi AS dalam risiko.

Walaupun beliau berpendapat bahawa kemungkinan untuk menaikkan semula kadar faedah mungkin berlaku untuk menyokong data-data terkini. Tetapi, sasaran pelonggaran dasar tetap dalam misinya.

Selain itu, Majlis Emas Dunia (WGC) mendedahkan bahawa dana dagangan bursa emas (ETF) mengalami aliran masuk untuk bulan kedua pada Jun. Mereka menyatakan bahawa jumlah pegangan dana sekitar 18 tan kepada 3,106 tan.

Data-data ekonomi AS minggu ini diberikan perhatian untuk ucapan Powell di Dewan Perwakilan AS pada Rabu diikuti dengan terbitan laporan inflasi pengguna dan pengeluar.

Tuntutan Pengangguran Awal dan Sentimen Pengguna Universiti Michigan juga akan diberikan perhatian dalam jadual ekonomi minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat