Harga Minyak Beri Reaksi Luar Biasa Walaupun Dilanda ‘Tsunami Powell’

218

Berbeza dengan pasaran kewangan lain yang dilanda ‘tsunami Powell’, dagangan minyak mentah sebaliknya bergerak positif pada permulaan awal minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan meningkat pada $94 setong, manakala dagangan minyak mentah Brent pula lebih tinggi pada $101 setong.

Apakah yang memacu pergerakan komoditi hitam ini?

Tidak lain tidak bukan, pastilah kenyataan Arab Saudi pada minggu lalu mengenai kemungkinan pemotongan pengeluaran OPEC+ untuk menstabilkan pasaran yang tidak menentu.

Pasaran tampaknya masih lagi terikat dengan amaran yang diberikan Putera Abdulaziz bin Salman pada minggu lepas, yang mana ia telah mengatasi kebimbangan terhadap prospek kemelesetan yang digambarkan Federal Reserve (Fed).

Pengerusi Fed, Jerome Powell bahawa bank pusat akan meneruskan pengetatan dasar dan mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama.

Walaupun mengakui bahawa ekonomi akan merasai impaknya, tetapi usaha untuk mengembalikan kestabilan harga adalah yang paling utama buat bank pusat itu.

Sementara itu secara berasingan, pertempuran ganas antara tentera di ibu negara Libya mencetuskan kebimbangan terhadap gangguan aliran minyak selanjutnya, manakala gangguan di terminal eksport utama untuk minyak mentah di Kazakhstan masih berlarutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat