Harga Minyak Boleh ‘Gila’ Jika EU Setuju Sekat Minyak Rusia

1,028

Kenaikan yang dicatatkan minyak mentah sedikit terbatas ketika pelabur terhimpit dengan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan di tengah sekatan terhadap Rusia dan prospek baharu dalam rundingan nuklear Iran.

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan stabil pada sekitar harga $121 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula mengukuh pada $114 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat dengan drastik pada minggu ini, di mana niaga hadapan Brent melonjak lebih $14 setong atau 13% sementara WTI AS pula menokok lebih $10 setong atau 10%.

Presiden AS Joe Biden telah tiba di Brussels untuk mengadakan pertemuan bersama sekutu Eropahnya bagi membincangkan sekatan baharu ke atas Rusia.

Pelabur kini bimbang sekiranya Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan ‘gila’ untuk menghentikan import minyak dari Rusia, memandangkan blok itu sangat bergantung pada Moscow.

Sekiranya ini berlaku, ia akan memburukkan lagi pengetatan bekalan dalam pasaran minyak di samping turut menjejaskan ekonomi Eropah lebih besar.

Bagaimanapun, di sisi lain, terdapat prospek baharu dalam rundingan nuklear Iran selepas Penasihat keselamatan negara Rumah Putih Jake Sullivan mengatakan AS dan sekutunya telah mencapai kemajuan.

Hal ini sedikit mengganggu harga minyak dari meneruskan kenaikan berikutan jangkaan minyak Iran akan kembali ke pasaran jika kesepakatan tersebut dapat dicapai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat