Harga Minyak Junam Ke Paras Terendah 6 Bulan!

207

Harga minyak jatuh lebih rendah ke paras terendah enam bulan ditekan oleh kebimbangan yang meningkat terhadap kelembapan ekonomi di tengah-tengah permintaan yang berkurangan dari ekonomi gergasi dunia Amerika Syarikat.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lebih rendah pada $94 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula suram pada $88 setong.

Ini merupakan paras terendah pernah dicatatkan sejak Februari, sekali gus menunjukkannya menghapuskan semua keuntungan yang dicetuskan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Data rasmi yang diterbitkan pada Rabu telah memperlihatkan inventori minyak mentah AS melonjak dengan ketara minggu lalu sebanyak 4.5 juta tong berbanding jangkaan penurunan 1.4 juta tong.

Amerika Syarikat merupakan salah satu pengguna bahan api dunia dan sekiranya permintaan berkurang, ia boleh mencetuskan ketidakseimbangan dalam pasaran dengan lebihan bekalan.

Kemerosotan minggu ini juga dipengaruhi oleh OPEC yang telah memutuskan untuk melakukan peningkatan kecil dalam pengeluaran minyak sebanyak 100,000 tong sehari pada bulan September.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat