Harga Minyak Kekal Utuh Walaupun Pasaran Tidak Menentu

130

Kesempitan bekalan yang berterusan membantu dagangan minyak mentah untuk kekal stabil di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat terhadap risiko kemelesetan global.

Pada awal sesi Eropah, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat didagangkan berlegar pada $111 setong manakala dagangan minyak mentah Brent pula sedikit susut pada $117 setong.

Walaupun merosot, tetapi kedua-dua penanda aras masih diniagakan stabil pada sekitar paras ketinggian mingguan.

Data industri daripada Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan inventori minyak mentah AS menurun sebanyak 3.8 juta tong pada minggu lepas, melebihi jangkaan pasaran untuk pengurangan 110,000 tong.

Dagangan WTI AS sebelum ini telah melonjak 2% susulan laporan bahawa pengeluar utama Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semakin menghampiri kapasiti pengeluaran, yang menandakan kedua-dua negara itu tidak dapat menampung kekurangan bekalan daripada Rusia.

Pergolakan politik di Libya dan Ecuador yang berterusan turut menyokong dagangan minyak mentah menjelang mesyuarat OPEC pada minggu ini untuk membincangkan mengenai penetapan pengeluaran seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat