Harga Minyak Menguat Di Tahap Tertinggi 5 Bulan!

205

Minyak mentah kekal didagangkan meningkat susulan penutupan pengeluaran besar-besaran di Teluk Mexico yang diancam oleh Taufan Laura selain turut disokong oleh optimisme terhadap hubungan dagang Amerika Syarikat dan China.

Namun begitu, kenaikan dagangan komoditi hitam ini dibataskan oleh kebimbangan terhadap krisis pandemik coronavirus yang telah menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat meningkat 1 sen kepada $43.36 setong, manakala minyak mentah Brent pula menokok sebanyak 12 sen kepada $46.41 setong.

Kedua-dua penanda aras itu meningkat ke paras tertinggi lima bulan pada sesi dagangan hari Selasa.

Industri tenaga AS pada Selasa sedang bersiap siaga untuk menghadapi taufan yang besar, di mana 310 kemudahan pelantar telah dikosongkan dan keluaran minyak mentah pula dihentikan menyebabkan kira-kira 1.56 juta tong sehari pengeluaran terjejas.

Dalam pada itu, perkembangan positif dalam hubungan dagang antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia juga telah menyokong dagangan komoditi untuk terus mempamerkan kenaikan.

Selain itu, peningkatan harga minyak turut didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah AS yang lebih banyak daripada dijangkakan pada minggu lalu dengan penurunan sebanyak 4.5 juta, menurut data oleh Institusi Petroleum Amerika (API).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat