Harga Minyak Sedia Meroket Lebih Tinggi

693

Permulaan dagangan awal minggu memperlihatkan dagangan komoditi hitam melonjak tinggi, dengan minyak mentah Brent kembali menghampiri paras harga $70 setong, diskong oleh optimisme pasaran terhadap pemulihan ekonomi dan permintaan bahan bakar global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mengukuh di sekitar paras harga $69.90 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula diniagakan meningkat pada $66.30 setong pada sesi Asia.

Angka kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat semakin berkurang ke tahap terendah empat bulan dan jangkitan baru juga menurun. Ini telah meningkatkan prospek pasaran terhadap penggunaan tenaga di negara ekonomi terbesar dunia itu.

Data terbaru yang diterbitkan China ketika sesi Asia hari ini, melihatkan keluaran perindustrian melebihi jangkaan pasaran pada bulan Januari dan Februari.

Bacaan memberangsangkan ini menambah keyakinan pasaran bahawa ekonomi terus menunjukkan pemulihan dengan disokong oleh peningkatan dalam output pelombongan, utiliti dan pembuatan.

Harga minyak yang telah disokong oleh komitmen pemotongan pengeluaran minyak mentah oleh OPEC+ yang dilanjutkan sehingga bulan April, di mana Arab Saudi turut mengekalkan pengurangan sukarelanya sebanyak 1 juta tong sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat