Harga Minyak Terus Susut, Peningkatan Kes COVID-19 di AS Membimbangkan!

709

Dagangan komoditi hitam menyusut pada Jumaat, memanjangkan penurunan semalaman akibat lonjakan kes baru coronavirus di Amerika Syarikat sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap berlakunya gelombang kedua wabak yang sebelum ini telah menyebabkan kejatuhan permintaan minyak global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 3% kepada $37.40 setong, sementara WTI Amerika Syarikat merosot hampir 4% pada $35.20 setong, setelah kedua-duanya mengalami kejatuhan 8% pada sesi sebelumnya.

Keuntungan yang diraih dari paras terendah pada April, terhenti minggu ini ketika pasaran kembali dibelenggu kebimbangan terhadap pandemik coronavirus yang masih belum berakhir, yang mana kini jumlah keseluruhan kes di Amerika Syarikat telah melebihi 2 juta.

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dalam satu kenyataan terbarunya, mengatakan bahawa AS tidak akan menutup ekonominya sekali lagi walaupun terdapat lonjakan dalam kes baru.

Walaupun negara-negara pegeluar OPEC telah mengambil inisiatif dengan mengurangkan pengeluaran, namun permintaan terhadap minyak mentah masih rendah. Ini dapat dilihat daripada bekalan minyak AS pada minggu lalu merekodkan peningkatan lebih besar daripada yang dijangkakan.

Inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 5.7 juta tong kepada 538.1 juta, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan kepada 258.6 juta tong.

Turut menambah tekanan kepada sentimen pasaran yang suram adalah unjuran Federal Reserve (Fed) terhadap ekonomi AS yang lemah dan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih semula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat