Amerika Syarikat Kini Berhadapan Fasa Ke-2 Wabak Covid-19, Mnuchin Keluarkan Amaran!

732

Dalam sebuah wawancara bersama siaran televisyen CNBC, Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin telah memberi amaran bahawa pentadbiran Amerika Syarikat dinasihatkan agar tidak menutup ekonominya sekali lagi walaupun wabak Covid-19 terus menular. Kenyataan itu diucapkan pada hari Khamis dan dalam masa sama memberi penekanan bahawa dana rangsangan yang bernilai $ 1 trilion akan disuntik dalam ekonomi pada bulan hadapan.

Mnuchin menambah bahawa beliau bersedia untuk kembali ke Kongres bagi memohon lebih banyak dana bagi melindungi sektor pekerjaan dan pekerja. Manakala bantuan kepada negeri-negeri dalam AS adalah bergantung kepada rundingan dengan pihak penggubal undang-undang.

Disisi lain, AS juga berhadapan konflik perdagangan dengan China. Seorang penasihat kabinet China telah mengeluarkan saranan pada hari Khamis bahawa China dan A.S harus menyambung semula rundingan dan komunikasi mengenai isu perdagangan dan isu-isu lain. Beliau juga menekakan bahawa dua ekonomi terbesar dunia itu saling berkait dan tidak patut dipisahkan.

Penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi, kini ditambah pula dengan hubungan yang semakin tegang maka ia tambah memburukkan keadaan.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 96.170, pengukuhan sebanyak 0.23% setakat jam 10.40 p.m

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat