Harga Minyak Terus Tertekan, Rundingan Perjanjian Nuklear Iran Jadi Tumpuan

324

Dagangan minyak mentah kekal berlegar di sekitar paras terendah enam bulan ketika tumpuan pelabur beralih kepada perkembangan terkini dalam perbincangan untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan rendah pada $96 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit susut pada $90 setong.

Kesatuan Eropah (EU) menyerahkan ‘teks akhir’ untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear pada hari Isnin, yang kini sedang menunggu kelulusan daripada Amerika Syarikat dan Iran.

Sekiranya kesepakatan dicapai, perjanjian tersebut berpotensi untuk meningkatkan eksport minyak dari Tehran sekurang-kurangnya 1 juta tong sehari atau kira-kira 1% daripada bekalan global dalam tempoh enam bulan.

Hal ini secara tidak langsung meletakkan harga minyak di bawah tekanan selain turut dibelenggu kebimbangan terhadap permintaan yang menyuramkan dari AS.

Pelabur kini menantikan data inventori mingguan minyak AS untuk mengukur permintaan dalam pengguna minyak utama dunia itu, setelah dikecewakan oleh lonjakan tidak dijangka pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat