Hari Berdarah Buat Kebanyakan Matawang, Rupanya Ini Yang Terjadi!

6,731

US dolar sekali lagi menguat susulan junaman yang dicatatkan oleh mata wang euro selepas dikecewakan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) yang memperlihatkannya tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Ini membawa euro jatuh ketara ke paras terendah terbaharu sejak April 2020 sehingga mencecah harga $1.0758 berbanding US dolar ekoran keputusan polisi ECB dikeluarkan.

ECB menutup mesyuarat dasarnya dengan langkah berhati-hati untuk mengurangkan sokongan. Ia bagaimanapun mengesahkan rancangan untuk mula mengurangkan pembelian bon pada suku ini dan menamatkannya pada suku ketiga.

Sementara itu, dolar greenback meneruskan kenaikan lebih tinggi selepas data terbaharu menunjukkan jualan runcit Amerika Syarikat meningkat pada bulan Mac, yang sebahagian besarnya didorong oleh harga gas dan makanan.

Pengukuhan ini terus mendorong mata wang yen lebih jauh ke paras terendah 20 tahun dengan didagangkan pada sekitar harga 126.30 pada sesi Asia.

Perbezaan polisi antara Federal Reserve (Fed) yang ke arah pengetatan manakala Bank Pusat Jepun (BOJ) dan ECB untuk kekal dengan dasar longgar telah meletakkan jurang lebih jauh dalam kekuatan mata wang masing-masing.

Mata wang pound turut terkesan dengan kekuatan US dolar, menyebabkannya terjun semula ke sekitar paras harga 1.3000 pada sesi Asia hari ini.

Dalam pada itu, ketegangan yang semakin meningkat antara Ukraine dan Rusia turut menekan dagangan mata wang utama dan mengangkat US dolar sebagai safe-haven.

Dolar greenback dijanga akan terus mengekalkan pengukuhannya menuju penghujung minggu memandangkan kebanyakan bank-bank utama ditutup sempena cuti Good Friday pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat