Hati-hati Dengan Pergerakan Emas Yang Ibarat Roller Coaster Ini

894

Emas sedikit meningkat pada sesi Asia selepas melalui sesi dagangan yang tidak menentu sebelum ini, yang menyaksikan pergerakan turun naik yang ketara pada logam berharga itu.

Pada awal sesi Asia, spot emas diperdagangkan meningkat pada $1,810 per auns, selepas jatuh ke paras terendah satu minggu pada $1,790 per auns pada sesi New York.

Menyingkap semula pergerakan emas pada sesi New York sebelum ini, sentimen pasaran yang berisiko telah membantu US dolar untuk mendapatkan permintaan. Susulan peningkatan indeks dolar ke paras tertinggi harian pada 92.42, ia mendorong harga emas untuk menjunam rendah.

Namun begitu, dengan indeks S&P 500 mencecah paras tertinggi sepanjang masa, momentum pengukuhan US dolar kembali goyah dan ini telah membuka jalan kepada pemulihan harga emas.

Tumpuan pasaran kini dialihkan kepada penerbitan data indek harga pengguna (CPI) AS pada malam ini, yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan, tetapi dengan pertumbuhan yang lebih perlahan.

Tindakan harga sebelum ini menunjukkan bahawa pelabur masih mahu mempertahankan kedudukan di atas $1,800 per auns, disebabkan ketidakpastian mengenai Covid-19 yang membelenggu pasaran dan prospek terhadap pemulihan yang lebih lemah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat