Hati-Hati Untuk Dagangan GBP/USD, Mesyuarat BOE Bakal Beri Impak

496

Berbeza dengan mata wang Euro yang mencatatkan kenaikan selepas US dolar kembali susut semalam, Pound Sterling bergerak lemah dengan lonjakan di sesi Eropah gagal diteruskan.

Ini adalah berikutan kebimbangan pasaran menjelang mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) dengan pertimbangan terhadap kadar faedah negatif.

Pelonggaran polisi lebih lanjut turut dijangkakan selepas ekonomi UK terjejas teruk dengan penularan pandemik Coronavirus yang menyaksikan lonjakan kes jangkitan harian.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah menjunam lebih di awal sesi Asia dari paras ketinggian sekitar 1.31400 sehingga ke paras 1.29200 mencatatkan lebih 200 pips penurunan harian.

Kenaikan semula harga berlaku pada sesi Eropah susulan penyusutan US dolar ekoran reaksi pasaran terhadap keputusan undian semasa pilihan raya AS.

Namun, Pound gagal memanfaatkan ruang pengukuhan tersebut berikutan dibebani oleh kebimbangan terhadap keputusan dovish Bank of England (BOE) pada mesyuarat terbaru.

Penurunan harga lebih rendah dijangka akan menguji semula zon RBS (resistance become support) pada 1.29000 yang menjadi paras sokongan harga sejak Oktober lalu.

Harga yang berjaya meneruskan penurunan menembusi zon tersebut bakal menuju ke zon support pada sekitar 1.27600.

Namun jika harga kembali melonjak lebih tinggi semula, paras awal tumpuan harga dilihat pada sekitar 1.30600 sebelum kenaikan lebih tinggi akan menuju pula zon resistance 1.32000.

Beri tumpuan pada keputusan mesyuarat polisi BOE pada awal sesi Eropah sebentar lagi untuk memantau kesan pergerakan harga bagi dagangan Pound Sterling.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat