Hero Rishi Sunak Terbangkan GBP/USD Lebih 200 Pips!

175

Selepas bergerak suram pada pembukaan dagangan awal minggu pada Isnin lalu, Pound Sterling pamerkan persembahan lebih cemerlang pada Selasa semalam apabila pengukuhan ketara ditunjukkan sehingga dagangan bersambung di sesi New York.

Penganalisis melihat pasaran lebih berkeyakinan terhadap Rishi Sunak yang kini menggantikan Liz Truss sebagai Perdana Menteri UK yang baru dengan harapan dapat memulihkan kestabilan ekonomi semula.

Selain itu, US dolar juga turut didagangkan lemah dengan beberapa faktor seperti terbitan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang suram serta sentimen risk-on pasaran selepas penilaian data ekonomi China, memberikan ruang untuk Pound melonjak lebih tinggi minggu ini.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD yang telah berjaya mengatasi ketinggian minggu lalu dengan kenaikan harian sekitar 230 pips dicatatkan semalam.

Seperti yang dijangkakan penganalisis, kenaikan terbaru harga itu telah menyentuh paras tumpuan pada 1.15000 yang merupakan rintangan diuji pada 5 Oktober lalu.

Harga kemudiannya mula perlahan dan mendatar di sekitar 1.14500 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Rabu ini.

Namun, harga dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi berdasarkan corak yang dipaparkan dengan jangkaan untuk mencapai paras ketinggian pada 1.16000.

Kenaikan ke paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu dengan meneruskan pergerakan trend bullish.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, zon 1.13000 akan kembali menjadi tumpuan setelah penurunan melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang sebelum ini membendung harga susut ke bawah.

Isyarat perubahan trend bearish itu akan mendorong harga menuju semula paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 1.12000 dan 1.11000 yang menjadi sokongan buat harga minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat