Hong Kong Tawarkan Kripto Selepas Haramkannya!

97

“Hong Kong dah terima kripto, tapi ada syaratnya!”

Demi laksanakan pengawalseliaan baharu yang melindungi para pelabur, Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan (SFC) di Hong Kong berhasrat melancarkan subset token yang membenarkan pelabur runcit berdagang dalam mata wang kripto.

Pembaharuan ini akan menggantikan rejim dahulu yang telah menyekat akses kripto terhadap pelabur institusi mempunyai portfolio bernilai lebih HK$8 juta ($1 juta) sejak tahun 2018 lagi.

Suka dimaklumkan perdagangan tersebut dijangka bermula dalam suku pertama tahun ini, tetapi aset digital yang ditawarkan kepada pelabur runcit akan dihadkan kepada aset yang berkecairan tinggi sahaja atau highly liquidated*.

*Aset kripto boleh dibeli atau dijual dengan mudah hampir dengan nilainya tanpa sebarang kerumitan

Menurut Julia Leung, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC menyebut bahawa rejim baharu untuk pembekal perkhidmatan aset maya (VASP) akan mengkaji dengan lebih mendalam tentang pembekal wallet kripto mahupun exchanger.

Tambahnya, SFC masih belum tetapkan lagi aset digital manakah yang mereka patut masukkan ataupun tidak.

Sementara itu, ketua unit fintech SFC, Elizabeth Wong pada Oktober tahun lalu pernah memprovokasi mengenai potensi Hong Kong yang ingin membolehkan semula pelabur runcit menggunakan aset digital.

Meskipun begitu, Wong menyatakan bahawa pihak kerajaan berada dalam proses mempertimbangkan rang undang-undang peraturan kripto manakala SFC pula sedang mencari individu yang melabur secara langsung ke dalam aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat