Hooray! China Longgarkan Sekatan, Harga Minyak Dah Tak Suram!

167

Sentimen dalam pasaran minyak tampaknya bertambah baik selepas China mengumumkan pelonggaran beberapa sekatan Covid-19, sekali gus memberi sokongan buat minyak mentah untuk didagangkan lebih tinggi pada awal minggu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lebih kukuh pada sekitar harga $96 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $89 setong.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China telah melaraskan langkah pencegahan dan kawalan coronavirusnya kepada langkah yang lebih longgar.

Berita ini turut disusuli dengan laporan mengenai rangsangan selanjutnya oleh People’s Bank of China (PBOC) untuk sektor hartanah.

Ekoran daripada itu, pasaran menjadi lebih optimis tentang prospek pertumbuhan China lebih-lebih lagi selepas pihak berkuasa memberi isyarat untuk mengalihkan tumpuan ke arah menyokong ekonomi.

Untuk kejelasan secara ringkas, China merupakan salah satu pengimport atau pengguna terbesar dunia. Apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan, ini bermakna aktiviti ekonomi boleh berjalan dan rakyat akan berbelanja.

Walaupun tidak banyak, tetapi ini serba sedikit dapat memulihkan semula permintaan terhadap minyak global yang telah terjejas sejak China mengamalkan dasar sifar Covid-19.

Bagaimanapun, pelabur juga tidak terlalu berlebihan menyambut berita ini memandangkan kes jangkitan Covid masih dalam trend yang meningkat di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat