HSBC : Tidak Kira Trump atau Clinton Yang Menang, Emas Adalah Pelaburan Terbaik!

63

HSBC Holdings PLC berpendapat bahawa tidak kira sesiapa pun yang bakal memenangi kerusi presiden, pelaburan paling tepat setakat ini ialah emas.

Kebanyakan trader menyifatkan bahawa kemenangan Donald Trump lebih memihak kepada harga logam kuning. Pun begitu, Ketua Logam Berharga, James Steel di bank tersebut berkata bahawa emas boleh melompat sehingga 8% walau sesiapapun yang bakal menakluk kerusi Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Kedua-dua calon boleh menyokong harga logam kuning ke paras yang lebih tinggi.

Steel turut berpendapat bahawa harga logam kuning boleh meningkat kepada $1,400 satu auns jika Clinton menang. Clinton akan menyemarakkan permintaan terhadap logam kerana beliau merangsang perbelanjaan fiskal.

Sebaliknya James Butterfill, Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan di ETF Sekuriti di HSBC meramalkan harga emas boleh meningkat sebanyak 10% setahun dalam tempoh pemerintahan Trump kerana dirangsang oleh ketidaktentuan pasaran dan prospek peningkatan inflasi.

Emas juga dilihat sebagai pelindung nilai terhadap ketidaktentuan politik. Sebarang perubahan dalam tampuk pimpinan Amerika Syarikat sebelum ini melonjakkan nilai logam berharga. Hal ini dapat dilihat melalui 22 pilihanraya semenjak 1928.

US Dollar Masih Tersungkur Pada Pembukaan Sesi Eropah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat