Huawei Telah Mula Daftarkan Tanda Dagang OS HongMeng Di 9 Negara Ini!

1,108

Huawei kini berada dalam proses menghadirkan sistem operasi baru yang dikenali sebagai HongMeng OS. Berdasarkan laporan, peranti yang dilengkapi dengan OS terbaru ini bakal hadir pada tahun ini juga. Beberapa sumber di China mengatakan bahawa peranti dengan HongMeng OS bakal tiba di pasaran pada Oktober ini.

Terkini telah 1 juta peranti dengan HongMeng OS telah dihantar untuk tujuan pengujian. Beberapa pengeluar peranti seperti OPPO dan VIVO juga telah menghantar pasukan mereka untuk menguji sistem operasi baru ini. Berdasarkan laporan dikatakan OS HongMeng 60% lebih pantas berbanding Android.

Dalam masa yang sama, Huawei juga telah pun mula mendaftar tanda dagang untuk sistem operasi “HongMeng” disejumlah negara. Laporan World Intellectual Property Organization (WIPO) Global Brand Database mendedahkan permintaan tanda dagang untuk nama HongMeng telah didaftarkan di sejumlah negara termasuk Australia, Kanada, Kemboja,Indonesia, India, Mexico, Sepanyol, Switzerland, dan Thailand.Walaubagaimanapun, data Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menunjukkan tanda dagang HongMeng OS telah difailkan pada 24 Mei untuk negara Malaysia.

(sumber gambar: lowyat.net)

Setakat ini Huawei belum memberi rincian yang lebih terperinci berkenaan HongMeng OS. Namun dijangkakan OS ini akan digunakan bermula dari peranti, komputer sehinggalah kepada teknologi Huawei yang lain.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat