Hubungan Perdagangan AS-China Semakin Positif – Trump Bakal Bertemu Xi Jinping!

212

Presiden China, XI Jinping dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijadualkan akan bertemu pada 17 November ini dengan bermatlamatkan untuk mendatangani perjanjian perdagangan.

Kedua-dua pemimpin tersebut dijangka akan bersemuka selepas sidang kemuncak Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) di Santiago, Chile dengan harapan perjanjian akan ditandatangani jika ‘kesemuanya berjalan dengan lancar’.

Pada hari ini, Trump telah mengumumkan bahawa AS dan China mungkin menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama lebih awal daripada yang dijangkakan sebelum ini di sidang kemuncak Chile pada bulan depan memandangkan sebahagian daripada teks perjanjian telah selesai. Trump juga mengatakan bahawa kemajuan setakat ini lebih pantas daripada jadual yang ditetapkan.

Kedua-dua belah pihak telah menunjukkan sikap yang optimis bahawa rundingan ini akan berjalan dengan lancar dengan kenyataan Trump bahawa perjanjian fasa pertama akan selesai dalam jangka masa pendek ini.

Pada awal bulan ini, Beijing telah mengatakan bahawa mereka akan membeli sebanyak $40 hingga $50 billion barangan pertanian AS dan AS pula akan menghapuskan kenaikan tarif yang dijadualkan akan dikenakan pada 15 Oktober. Disisi lain, Wakil Perdagangan AS (USTR) juga mengumumkan akan mempertimbangkan pengecualian tarif tertentu ke atas barangan import China yang bernilai $34 bilion dari 1 November.

Berita tentang kemajuan perdagangan dan harapan pemotongan kadar faedah oleh the Fed berjaya meningkatkan bursa saham S&P 500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat