Huru-hara Dalam Pasaran Kripto, Bitcoin (BTC) Terjun Bawah $25,000

3,446

Kehangatan inflasi Amerika Syarikat turut menenggelamkan pasaran kripto apabila Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) menjunam lebih parah pada pagi Isnin.

Penjualan panik berlaku pada sesi Asia, di mana BTC terjun di bawah harga $25,000 buat pertama kali sejak Disember 2020 pada $24,888.

Bagaimanapun, raja kripto itu kembali mengurangkan kerugian untuk kembali didagangkan pada sekitar harga $25,500 tidak lama selepas kejatuhan itu.

Sementara ETH pula diniagakan pada $1,342 selepas menyentuh paras paling rendah sejak Februari 2021, pada $1,303.

Kejatuhan ini pada mulanya dikatakan dipengaruhi oleh pengumuman firma pinjaman mata wang kripto, Celcius Network untuk menghentikan sementara pengeluaran dan pemindahan antara akaun disebabkan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Platform ini menawarkan akaun simpanan berfaedah, peminjaman dan pembayaran dengan aset digital dan fiat. Celsius mengembalikan 80% hasilnya kepada pengguna rangkaian sebagai ganjaran, manakala 20% lagi membiayai pengembangan projek.

Ekoran itu, pengumuman tersebut telah menambahkan lagi penderitaan buat mata wang kripto yang sudah sedia terkesan dengan data inflasi AS.

Inflasi di Amerika tanpa dijangka meningkat lebih tinggi pada bulan Mei dengan peningkatan 8.6% daripada jangkaan pasaran untuk mereda kepada 8.3%.

Kejutan dalam bacaan ini membuatkan pelabur mula meletakkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengambil langkah lebih besar dalam menaikkan kadar faedahnya bagi mengekang inflasi daripada terus meningkat.

Kebanyakan altcoins tumpuan pasaran turut menderita susulan kejatuhan mendadak BTC, di mana Solana (SOL) merosot pada $28, Cardano (ADA) $0.48, Dogecoin (DOGE) $0.06 dan Decantraland (MANA) $0.79.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat