IMF Dedahkan Laporan ‘Buruk’ El Salvador, Semuanya Sebab Bitcoin (BTC)

1,223

El Salvador berhadapan dengan pujian dan..kritikan.

Dalam laporan terbaru International Monetary Fund (IMF) telah memuji bagaimana El Salvador menangani kes penularan wabak COVID-19 serta kagum dengan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 10% sepanjang 2021.

Malah, organisasi global tersebut turut mendukung usaha El Salvador dalam membanteras jenayah.

Tetapi IMF tidak teragak-agak mengkritik hasil penerimaan Bitcoin (BTC) sebagai tender sah di negara itu sejak September.

Bitcoin = risiko

Sejak awal lagi IMF sudah menekankan risiko yang dibawa Bitcoin ke dalam ekonomi El Salvador.

Sebagai tender sah, aset ini membawa risiko terhadap perlindungan pengguna, integriti kewangan, dan kestabilan kewangan.

Penggunaannya juga meningkatkan liabiliti fiskal luar jangka dan disebabkan itu Bitcoin tidak patut diterima sebagai tender sah.

Ekoran daripada itu, IMF mencadangkan untuk mengecilkan skop Bitcoin Law dan menggesa pengukuhan undang-undang dan penyeliaan terhadap ekosistem pembayaran baharu.

Hubungan El Salvador -AS Yang Tergantung

Wakil diplomat, Jean Manes dalam media baru-baru ini mendedahkan hubungan kedua-dua negara ini berstatus ‘tergantung’ kerana El Salvador tidak lagi menunjukkan minat.

Jelasnya, White House telah menawarkan kerjasama dan kerajaan El Salvador membuat keputusan untuk tidak menerimanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat