Indeks Pembuatan UK Bulan Ogos Meningkat Lebih Daripada Jangkaan

43

Menerusi laporan daripada Jabatan Statistik UK bacaan indeks pembuatan naik 0.4% bagi bulan Ogos berbanding jangkaan 2% dan data kaji semula untuk bulan Julai yang turun kepada 0.4%.

Berdasarkan unjuran tahunan, indeks pembuatan naik 2.8% pada bulan Ogos, melebihi jangkaan 1.9% dan turut naik lebih tinggi daripada bacaan 2.7% pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran industri juga menunjukkan pertumbuhan pada unjuran musim ke musim pada bulan Ogos, meningkat 0.2% seperti jangkaan, dan data yang dikaji semula untuk bulan Julai meningkat kepada 0.3%

Berdasarkan unjuran tahun ke tahun pula, pengeluaran industri meningkat 1.6% pada bulan Ogos, melebihi jangkaan penganalisis pada paras 1.1%.

Walau bagaimanapun, imbangan perdagangan menunjukkan penurunan yang tinggi, jatuh -£14.24 billion pada bulan Ogos berbanding jangkaan defisit -£11.4 billion, dan jatuh lebih rendah berbanding bacaan bulan sebelumnya yang berjumlah -£12.8 billion.

Perdagangan tidak termasuk kesatuan Eropah (non-EU trade) susut £5.38 billion, sedikit susut berbanding £5.34 billion pada bulan Julai, dan turut jatuh lebih daripada jangkaan £3.60 billion.

Selepas laporan dikeluarkan GBP/USD naik 14 pip kepada $1.3190 daripada paras harga $1.3176. EUR/GBP pula didagangkan pada 08.931, turun 7 pip daripada paras 0.8938 manakala GBP/JPY pula naik 19 pip daripada 148.08 kepada 148.29

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat