Individu Ini Kongsi Untung Kripto 9X Ganda Dari Modal Pada 2021!

505

Pengirim: Satoshi Malaysia

Tajuk: Mudahnya Kaya dengan Kripto

Confession ini dihantar oleh pembaca setia INTRADAY.my: 

Saya mengenali dunia matawang kripto sekitar tahun 2017. 

Pada ketika itu harga Bitcoin sedang melonjak tinggi sehingga hampir RM100,000 seunit. 

Saya juga tidak ketinggalan belajar dan membeli matawang kripto dan melabur RM2,000. 

Saya membuat keuntungan 2x pada waktu itu dan sangat teruja. 

Tapi matawang kripto jatuh mendadak menyebabkan pelaburan saya rugi 90%. 

Saya mula belajar dan mengikuti rapat komuniti kripto di media sosial. 

Kemudian saya melakukan seperti apa yang disarankan oleh semua orang iaitu mengaplikasikan teknik DCA (Dolar Cost Averaging). 

Sejak penghujung 2019 saya menggunakan sebahagian gaji saya sekitar 20% setiap bulan untuk terus membeli kripto yang berpotensi. 

Saya merujuk info-info matawang kripto di youtube dan twitter. 

Saya hanya membeli projek kripto yang bagus dan mempunyai komuniti yang kuat. 

Pada 2021 telah berlaku kenaikan mendadak sekali lagi dan saya berjaya membuat keuntungan yang besar hampir 9x dari modal yang saya laburkan. 

Saya jual semua kripto saya dan tukar kepada matawang fiat pada hujung 2021.

Sekarang matawang kripto telah jatuh lagi. 

Bitcoin jatuh 72% dan banyak projek kripto yang jatuh sehingga 90%.

 Ini merupakan peluang yang baik seperti beberapa tahun yang lepas. 

Saya terus mula melakukan seperti apa yang saya lakukan sebelum ini iaitu DCA dengan harapan membuat keuntungan besar apabila pasaran kembali pulih. 

Saya menyasarkan pasaran kripto akan pulih semula dan melonjak naik pada 2024. 

Pada ketika itu saya akan menjual semua kripto yang dikumpul sekarang.

Matawang kripto merupakan aset yang sangat berpotensi untuk menjana keuntungan. 

Namun kita harus banyak membaca dan tonton di youtube video-video berkaitan projek-projek kripto yang bagus. 

Kita harus berhati-hati kerana banyak juga projek kripto yang scam di luar sana.

Teruskan DCA dan bersabar.

Jika anda ingin kongsi kisah pengalaman anda dalam bidang kewangan, hantar confession anda ke email: [email protected]

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat