Inflasi A.S Bertumbuh Perlahan Ke Paras 3.1% Pada November! Ini Apa Yang Perlu Diketahui ‘Trader’

1,157

Harga pengguna masih mencatat bacaan yang sesuai jangkaan pada bulan November apabila penurunan dalam harga tenaga berjaya mendorong penurunan inflasi utama, berdasarkan data terkini daripada Jabatan Statistik yang dikeluarkan sebentar tadi.

Indeks Harga Pengguna (CPI), yang bakal menjadi bacaan terakhir yang dikeluarkan pada tahun 2023  menunjukkan harga meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.1% berbanding bulan lepas dan meningkat 3.1% berbanding tahun sebelumnya pada November. Angka ini bertumbuh sedikit perlahan daripada kenaikan tahunan 3.2% pada Oktober.

Pakar ekonomi pula menjangkakan dijangkakan harga kekal tidak berubah dari bulan ke bulan dan meningkat 3.2% dari tahun ke tahun, berdasarkan data dari Bloomberg.

Seperti yang dijangkakan, kos tenaga yang lebih rendah mendorong peningkatan yang kecil dengan harga tenaga menurun 2.3% dari bulan ke bulan, didorong oleh penurunan harga petrol, yang turun 6.0% sepanjang bulan November.

Pada paras asas “teras”, pengiraan inflasi yang tidak mengambil kos yang lebih mudah berubah seperti makanan dan petrol, CPI teras pada  bulan November meningkat 4.0% berbanding tahun lepas sejajar dengan kenaikan tahunan yang dilihat pada Oktober. Harga teras bulanan meningkat 0.3%, sedikit lebih tinggi daripada kenaikan bulanan 0.2% pada Oktober. Pakar ekonomi mengharapkan inflasi teras tersebut berada paras itu.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang lain didagangkan sedikit kukuh walaupun pada paras susut 0.28% kepada paras dagangan 103.440 selepas data CPI dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat