Inflasi AS Kuat, Kenapa Emas Junam?

1,945

Logam berharga emas diniagakan sedikit meningkat selepas mengalami kejatuhan ketara pada akhir dagangan minggu lalu berikutan peningkatan hasil bon AS dan lonjakan dolar greenback.

Ketika penulisan, spot emas didagangkan berlegar pada $1,784 per auns, menokok dari paras terendah 1,773 yang disentuhnya pada Jumaat. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan sedikit lebih tinggi pada $1,785 per auns.

Bacaan data inflasi AS yang lebih kukuh telah mendorong kenaikan semula hasil perbendaharaan AS 10 tahun ke tahap 1.7% sebelum sedikit susut pada 1.58% pada sesi Asia.

Ini turut memacu dolar greenback lebih tinggi ke tahap ketinggian 2 setengah minggu berbanding kebanyakan pesaing utama.

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), yang biasanya menjadi pilihan Federal Reserve (Fed) untuk ukuran inflasi, menunjukkan bacaan yang memberangsangkan pada September.

Hal ini sekali gus mengembalikan optimisme pasaran untuk bank pusat AS menaikkan kadar faedah lebih awal dari jangkaan. Fed sebelum ini tegas mengatakan walaupun pembelian bon berakhir pada tahun depan, tapi ia tidak bermakna mereka akan naikkan kadar selepas itu.

Emas biasanya mendapat sokongan daripada data inflasi yang kukuh, kerana ia dianggap sebagai lindung nilai inflasi.

Bagaimanapun, disebabkan pergerakannya bertentangan dengan hasil bon dan USD yang meningkat, logam kuning itu didorong lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat