Inflasi Zon Eropah Ke Paras Tertinggi Sepanjang Masa, USD Tenang Menanti NFP!

753

Pengukuhan mata wang gergasi dolar AS berterusan sehingga ke sesi Eropah apabila tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat diterbitkan pada malam ini.

Sentimen pasaran berubah suram selepas Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan pembayaran gas dalam mata wang rubel dengan memberi amaran akan menyekat bekalan Eropah jika mereka tidak mematuhinya.

Mata wang euro susut lebih rendah susulan pengumuman tersebut, tetapi masih berada di landasan untuk mencatat keuntungan mingguan pertama yang disokong oleh harapan terhadap rundingan Ukraine-Rusia.

Rundingan tersebut akan bersambung semula pada hari Jumaat meskipun pada zahirnya peluang untuk mendapatkan kesepakatan semakin tipis selepas Rusia mula membalas sekatan.

Data inflasi Zon Eropah yang baharu sahaja diterbitkan menunjukkan harga pengguna mencatat satu lagi rekod dengan melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa 7.5% pada bulan Mac. Namun, euro gagal memberi reaksi kepada data tersebut.

Sementara menantikan mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada minggu depan, pelabur kini memberi tumpuan kepada pengeluaran data utama NFP pada hari ini yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan perlahan.

Namun, jika angka yang dicatatkan lebih kuat daripada dijangkakan, dolar AS berpotensi untuk melonjak lebih tinggi.

Mata wang pound pula sedikit berubah masih dipengaruhi oleh kenyataan Gabenor Bank Pusat England (BOE), Andrew Bailey untuk mula memperlahankan pengetatan dasar monetarinya.

Bagaimanapun, dolar Aussie pula membuat kejutan pada sesi Eropah di penghujung minggu meskipun sentimen sedikit suram, menandakan optimisme pelabur untuk kenaikan kadar oleh Bank Pusat Australia (RBA) pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat