Ingat! Waspada Dengan Pergerakan GOLD

1,143

Emas meraih sedikit sokongan pada permulaan dagangan sesi Eropah namun kekal didagangkan di bawah tekanan ketika US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhannya menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada hari esok.

Spot emas diniagakan berlegar di sekitar paras harga $1,884 per auns, manakala niaga hadapan emas pula stabil pada $1,885 per auns (4.05 petang waktu Malaysia).

Berbaki satu hari sahaja lagi menjelang pemilihan presiden, calon Demokrat, Joe Biden kekal mendahului Donald Trump dalam beberapa tinjauan terbaru.

Hasil tinjauan oleh The New York Times dan Siena College menunjukkan Biden mendahului undian di Pennsylvania, Florida, Arizona dan Wisconsin, dengan memegang majoriti 52% manakala Trump pula 41%.

Walau bagaimanapun, para pelabur tidak seharusnya bergantung kepada petunjuk daripada hasil tinjauan semata-mata kerana perkara sebaliknya boleh berlaku.

Sementara itu, penganalisis daripada Royal Bank of Canada menasihati pelabur supaya bersedia dengan ketidakpastian dalam pilihan raya AS dan dagangan logam berharga emas mungkin meraih sokongan daripada kekacauan selepas pilihan raya.

Sekiranya Biden menang, hala tuju ke arah pakej rangsangan besar-besaran untuk menyokong ekonomi mungkin lebih jelas, tetapi jika sebaliknya, Amerika Syarikat perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk bantuan dilancarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat