Ingin Tahu Hala Tuju Terkini Emas? Baca Sini!

1,155

Emas stabil berhampiran paras tertinggi 3 bulan di tengah-tengah jangkaan yang meningkat untuk kenaikan kadar lebih kecil daripada Federal Reserve (Fed) rentetan penurunan dalam inflasi pengeluar Amerika Syarikat.

Indeks harga pengeluar (PPI) Oktober membuktikan bahawa tekanan harga di negara itu telah mereda, dengan catatan peningkatan 8% tahun ke tahun daripada 8.4% yang dicatatkan pada September.

Penurunan ini sejajar dengan catatan inflasi pengguna (CPI) yang diterbitkan minggu lalu, di mana ia menurun kepada 7.7% pada Oktober daripada 8.2% bulan sebelumnya.

Rentetan itu US dolar susut lebih rendah ke paras terlemah 3 bulan, sekali gus memacu peningkatan emas untuk didagangkan lebih kukuh.

Turut menambah sokongan buat dagangan emas adalah laporan terbaru mengenai pelancaran peluru berpandu ke atas Poland yang dipercayai dilakukan Rusia.

Serangan mengejutkan ini telah meningkatkan kebimbangan dunia bahawa ketegangan antara Rusia dan negara Barat lain akan meningkat, memandangkan Poland juga merupakan ahli NATO.

Ketika penulisan, logam kuning itu didagangkan stabil pada $1,775 per auns, susut sedikit daripada puncak tertinggi $1,786 per auns yang dicapainya pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat