Ini 2 Perkara Yang Perlu Diketahui Sama Ada Nak ‘BUY’ Atau ‘SELL’ US Dolar?

2,193

The Fed bakal mengadakan mesyuarat FOMC yang pertama bagi tahun 2021 pada hari Rabu. Berdasarkan prestasi aset Amerika Syarikat (A.S), para pelabur tidak mengharapkan kejutan dari Bank Pusat, namun dengan lonjakan dalam pasaran saham dan penyusutan US merupakan tanda bahawa para pelabur lebih mengharapkan polisi yang stabil. Ditambah pula jangkaan bahawa ekonomi A.S akan mula pulih pada suku masa kedua.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa ekonomi berhadapan beberapa cabaran pada bulan Disember dengan kes pandemik yang semakin tinggi dan penularan varian baru yang menyebabkan banyak negara terpaksa mengenakan sekatan. Namun hal ini tidak begitu memberi impak kepada harapan pasaran kerana pengedaran vaksin yang berterusan membuatkan pasaran semakin yakin.

Menjadi persoalan, adakah lebih banyak US dolar berada dalam posisi beli atau sebaliknya? Segelintir penganalisis berpendapat ia berkisar kepada dua perkara ini iaitu pandangan Powell mengenai prospek ekonomi dan penilaian polisi. Pada bulan lepas sebahagian penggubal polisi menyarankan ‘tapering’ pada 2021 jika pemulihan ekonomi sudah mencukupi.

Telah terdapat beberapa petunjuk yang diberikan Powell pada bulan Disember iaitu Bank Pusat cenderung untuk memperpanjangkan pembelian aset. Powell juga mengatakan bahawa ekonomi dijangka akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua kerana penerimaan vaksin.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat pengukuhan sebanyak 0.71% kepada paras tukaran 90.793 setakat jam 11.00 p.m.

Matawang berisiko lain seperti GBP dan Euro terus menunjukkan penyusutan menjelang mensyuarat FOMC kerana pasaran lebih memilih mengambil langkah berjaga-jaga dan menjualnya di paras tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat