Ini 3 Prajualan Kripto Boleh Diperhatikan Pada Mei 2024!

848

“Semua yang berminat boleh la kaji-kaji dulu, jangan main beli je ye.”

Pasaran mata wang kripto yang meneruskan aliran menurun masih gagal menunjukkan pemulihan pada hari ini, tetapi bulan baharu Mei berjaya membawa beberapa prajualan yang mungkin meningkatkan portfolio para pelabur dalam jangka panjang.

Berikut adalah tiga prajualan aset digital yang boleh dikaji terlebih dahulu sebelum membelinya:

Dogeverse

Dogeverse adalah satu lagi memecoin bertemakan anjing tetapi berbeza daripada yang lain susulan merupakan Doge pengembaraan multi-chain pertama di dunia.

Pada masa ini, Dogeverse yang berharga $0.000305 telah tersedia di enam rangkaian termasuk Ethereum (ETH), Solana (SOL) dan Polygon (MATIC) dan mengumpulkan lebih $12 juta daripada matlamatnya $14 juta.

Mallconomy (WOOT)

WOOT yang menawarkan pengalaman membeli-belah metaverse dari mana-mana peranti dikehendaki telah mengumpul lebih $101 juta.

Bukan itu sahaja, WOOT turut menawarkan berbilang pilihan penjanaan hasil untuk pencipta dan jenama sementara pembeli boleh buat 28,708% dalam ganjaran staking termasuk memiliki gabungan sempurna pengalaman gaming, membeli-belah serta metaverse.

BlockDAG (BDAG)

BDAG adalah rangkaian layer-1 yang mengambil inspirasi daripada Bitcoin (BTC) dan Kaspa (KAS) iaitu gabungan unik di dalam pasaran kripto.

Suka dimaklumkan aset digital yang berjaya mengumpul $21.8 juta setakat ini telah membenarkan pengguna memperoleh ganjaran daripada mining kripto.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga kripto baharu itu yang mempunyai kes penggunaan berbeza boleh meningkatkan kebarangkalian keuntungan sebaik sahaja kenaikan harga aset digital lain menjelang akhir tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat