Ini 3 Sebab Kenapa Meta Tetap Menjadi Perhatian Pelabur Pada 2022

254

‘Walaupun jatuh baru-baru ni tapi profil syarikat kukuh, so mesti ramai pelabur yang berani letak harapan tinggi untuk saham dia.’

Meta Platform Inc (dahulunya Facebook) menghadapi sesi dagangan awal tahun 2022 yang sangat bergelora dengan harga sahamnya menjunam lebih 35% setakat ini.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penurunan tersebut antaranya peningkatan persaingan, polisi iPhone Apple dan isu penjejak pengguna.

Walaupun menghadapi sesi dagangan yang bergelora, profil syarikat masih kekal kukuh dan terus menjadi perhatian pelabur terutamanya bagi mereka yang menginginkan pelaburan jangka masa panjang.

Maka, ini antara 3 sebab mengapa saham Meta terus menjadi perhatian pelabur bagi tahun 2022.

1. Gergasi Media Social

Walaupun Facebook diapit dengan pelbagai kontroversi baru-baru ini terutamanya isu privasi pengguna, ia tidak menghalang pertumbuhan syarikat yang memiliki pengguna asas aplikasi-aplikasinya yang terbesar di dunia.

Data yang dikeluarkan menyaksikan aplikasi Facebook mencatat pengguna aktif sebanyak 1.93 bilion sehari dan pengguna aktif bagi aplikasi-aplikasi lain miliknya seperti Instagram, WhatsApp dan Messenger mencatat 2.82 bilion pengguna setakat 31 Disember.

Ekoran daripada itu, sukar untuk mengatakan Meta sudah tidak relevan dan terkeluar daripada perlumbaan gergasi media sosial walaupun terdapat peningkatan persaingan daripada TikTok dan seumpamanya.

2. Perubahan Polisi dan Metaverse

Umum mengetahui ekosistem Meta bersandarkan kepada pengiklanan dan pemasaran sebagai salah satu sumber hasilnya, dan dengan Apple yang memperkenalkan polisi privasi yang menyekat akses agensi pengiklanan daripada mengumpul data pengguna, maka tidak mustahil Meta akan terus menerima manfaat daripada pertumbuhan pengiklanan dalam talian.

Selain itu, penglibatannya dalam mencipta metaverse yang semakin hari semakin menjadi realiti, dijangka akan menyumbang kepada peningkatan hasil pada masa depan.

Penganalisis Goldman Sachs, Eric Sheridan menyatakan metaverse menawarkan peluang pulangan sebanyak $8 trilion dan Meta yang merupakan peneraju utama pasti akan manfaatkan peluang pertumbuhannya untuk jangka panjang.

3. Dalam Momentum Penurunan

Dengan penurunan harga-kepada-pendapatan (price-to-earnings ratio) saham Meta yang menghampiri paras terendah dalam tempoh setahun dan nisbah harga-kepada-bebas aliran tunai (price-to-free-cash-flow ratio ) yang turun ke paras terendah dalam masa lebih 5 tahun, tidak salah untuk mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk mula melabur ke dalamnya.

Jika dibandingkan dengan harga saham gergasi sosial media lain seperti Pinterest, Twitter, Snap ataupun Google; harga saham Meta kelihatan lebih murah dan buat masa ini pelabur akan melihat sebagai satu tawaran yang sangat baik untuk memulakan pelaburan.

Melihat kepada peluang pertumbuhan oleh gergasi teknologi dan seantaranya, pelabur juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk memegang saham mereka bagi jangka masa panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat