Ini 7 Aset Kripto Yang Paling Menguntungkan Sepanjang 2021!

3,287

Semasa penulisan pasaran kripto pada hari ini mengalami sedikit pembetulan harga dimana nilai pasaran kripto telah jatuh daripada jumlah nilai pasaran bernilai $2.5 trilion kepada $2.3 trillion. Tahun ini menandakan banyak sentimen positif dengan penerimaan daripada kalangan pemain industri yang kian melonjak naik. Mungkin ada yang tertanya-tanya, dalam tempoh 12 bulan ini aset kripto yang manakah paling banyak mencatat keuntungan selain bitcoin, ethereum, solana, terra luna dan Doge.

Berikut adalah aset kripto yang mencatat lonjakan harga yang paling tinggi bagi tahun 2021;

 

1. Gala (GALA)

+ Catat peningkatan sebanyak 212,036%.
+ Penguasaan had pasaran : 0.16%
+ Semasa penulisan GALA didagangkan pada harga $0.4967 dengan lonjakan harga sebanyak 12.67% dalam tempoh 7 hari.
+ Gala mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $3.5 bilion dengan $792 juta dalam jumlah perdagangan global.

2. Axie Infinity (AXS)

+ Catat peningkatan sebanyak 18,957%.
+ Penguasaan had pasaran : 0.29%
+ Semasa penulisan AXS didagangkan pada harga $103.64 dengan lonjakan harga sebanyak 8.28% dalam tempoh 7 hari.
+ AXS mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $6.3 bilion dengan $323 juta dalam jumlah perdagangan global.

 

3. Content Value Network (CVNT)

+ Catat peningkatan sebanyak 18,572%.
+ Penguasaan had pasaran di bawah 0.00%
+ Semasa penulisan CVNT didagangkan pada harga $1.20 dengan lonjakan harga lebih 50% dalam tempoh 7 hari.
+ CVNT mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $6 juta dengan $315 ribu dalam jumlah perdagangan global.

 

4. The Sandbox (SAND)

+ Catat peningkatan sebanyak 17,497%.
+ Penguasaan had pasaran : 0.24%
+ Semasa penulisan SAND didagangkan pada harga$6.20 dengan lonjakan harga lebih 20% dalam tempoh 7 hari.
+ SAND mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $5.6 bilion dengan $1.4 bilion dalam jumlah perdagangan global.

 

5. Ecomi (OMI)

+ Catat peningkatan sebanyak 16,247%.
+ Penguasaan had pasaran : 0.06%
+ Semasa penulisan OMI didagangkan pada harga $0.006 dengan lonjakan harga lebih 10% dalam tempoh 7 hari.
+ OMI mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $4.9 bilion dengan $5.5 juta dalam jumlah perdagangan global.

 

6. Polygon (MATIC)

+ Catat peningkatan sebanyak 14,352%.
+ Penguasaan had pasaran : 0.74%
+ Semasa penulisan Matic didagangkan pada harga $2.65 dengan lonjakan harga lebih 15% dalam tempoh 7 hari.
+ Matic mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $18 bilion dengan $2.4 bilion dalam jumlah perdagangan global.

7. Fantom (FTM)

+ Catat peningkatan sebanyak 13,820%.
+ Penguasaan had pasaran : 0.23%
+ Semasa penulisan FTM didagangkan pada harga $2.21 dengan lonjakan harga lebih 54% dalam tempoh 7 hari.
+ FTM mempunyai permodalan pasaran keseluruhan sekitar $5.5 bilion dengan $8.5 bilion dalam jumlah perdagangan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat