Ini Cara Mudah Untuk Beli Saham IPO

2,156

Tawaran awam awal atau IPO merupakan pelancaran saham baharu dalam pasaran saham. IPO selalunya dijual kepada pelabur institusi sebelum dijual kepada pelabur runcit buat kali pertama.

IPO sangat penting bagi sesebuah syarikat bagi tujuan penambahan modal selain memohon pinjaman daripada institusi kewangan.

Hari ini, team Intraday.My akan berkongsikan cara untuk membeli saham IPO. Sebelum itu, anda perlu mempunyai akaun sistem depositori pusat (CDS).

Cara yang pertama adalah membeli saham menerusi laman sesawang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di pautan https://sahamonline.miti.gov.my/. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang tersebut.

Anda perlu sediakan beberapa dokumen seperti salinan akaun CDS, salinan penyata bank 3 bulan yang terkini, salinan penyata buku ASB atau Tabung Haji, borang IND/SP-QP07-L05 dan surat sokongan pembiayaan kewangan sekiranya ada.

Selain permohonan menerusi MITI, anda juga boleh membeli saham IPO menerusi Maybank2u. Sekiranya anda ingin membeli saham IPO menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai akaun Simpanan/Semasa Maybank terlebih dahulu.

Seperti biasa, anda perlu log masuk ke Maybank2u. Selepas itu, anda pergi ke ruangan ‘Investment’.

Jika anda belum ‘link’ akaun CDS, sila buat langkah ini terlebih dahulu. Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun CDS, isikan butiran anda dan tekan ‘Submit’.

Selepas itu, anda akan dibawa ke ruangan permohonan eIPO. Pilih saham pilihan anda dan isikan jumlah lot saham yang anda ingin beli.

Jangan lupa tekan butang ‘Agree’ ya dan tekan ‘Submit’.

Kemudian, selepas anda berpuas hati dengan pembelian anda, klik ‘Confirm’ untuk menghantar permohonan eIPO.

Dua cara ini merupakan kaedah paling mudah yang anda boleh ikuti sekiranya anda baru sahaja berjinak dalam dunia pelaburan saham atau berminat untuk membeli saham IPO tetapi tidak tahu caranya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat