Ini Faktor Yang Menyokong Peningkatan Harga Minyak Dalam Sesi Asia

68

Harga minyak mula memanjat ke tahap tertinggi pada Rabu apabila terdapat tanda-tanda bahawa pasaran sedang meneruskan usaha untuk mengetatkan pengeluaran minyak yang telah membelenggu pasaran ini sejak bertahun-tahun lamanya.

Harga minyak Brent yang menjadi penanda aras bagi minyak dunia dicatat meningkat sebanyak 11 sen kepada $54.28 setong.

Bagi WTI mentah, sesi dagangan meningkat sebanyak 16 sen kepada $51.19 setong.

Peniaga minyak mentah berpendapat bahawa pasaran secara perlahan-lahan sedang cuba untuk memandu harga ke paras yang lebih tinggi selaras dengan usaha OPEC untuk mengurangkan pengeluaran minyak global.

Pergerakan kapal boleh menjadi kayu ukur kepada jumlah pengeluaran oleh OPEC memandangkan kebanyakan minyak yang dieksport oleh OPEC menggunakan kapal tangki.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh firma analisis minyak Vortexa, bekalan minyak kini telah dikurangkan sebanyak 17 peratus sejak awal tahun ini. Sejak Januari, pergerakan minyak di atas kapal menurun daripada 978 juta tong kepada 812 juta tong pada 3 April lalu.

Perubahan ini membuktikan bahawa pasaran telah mula menunjukkan tanda-tanda keseimbangan yang berlaku lebih cepat daripada jangkaan awal.

Namun begitu, pasaran minyak kekal mendapat tekanan daripada peningkatan jumlah inventori minyak dari negara-negara lain khususnya Amerika Syarikat.

Institut Petroleum Amerika melaporkan pada Selasa bahawa stok minyak mentah AS jatuh sebanyak 1.8 juta tong minggu lepas. Kemudian, data ini akan disusuli dengan data rasmi yang bakal dikeluarkan pada Rabu.

Sidang Kemuncak AS-China : Korea Utara Cetus Provokasi Dengan Melancarkan Ujian Peluru Berpandu!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat