Sidang Kemuncak AS-China : Korea Utara Cetus Provokasi Dengan Melancarkan Ujian Peluru Berpandu!

81

Tindakan Korea Utara dalam menjalankan ujian peluru berpandu menjelang pertemuan Presiden Xi dan Presiden Trump telah mengundang kecaman dari pelbagai negara di rantau ini.

Kakitangan Korea Selatan dalam satu teks memberitahu bahawa ujian tersebut dijalankan menuju ke laut timur dan terbang kira-kira 60 kilometer (37 batu) dan memasuki kawasan zon ekonomi eksklusif Jepun. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga menyifatkan pelancaran tersebut sebagai satu “provokasi besar”.

Sementara itu, Kementerian Luar Korea Utara juga mengutuk keras tindakan terbabit.

Setiausaha Amerika Syarikat, Rex Tillerson dalam satu komen ringkas mengatakan bahawa Amerika Syarikat telah memberi pandangan yang mencukupi terhadap Korea Utara. Justeru, Amerika Syarikat tidak mempunyai komen lanjut mengenai isu terbabit.

Rejim Kim Jong Un di Korea Utara sebelum ini telah mencabar sekatan PBB dengan cubaan untuk melepaskan senjata nuklear yang bersaiz kecil ke Amerika Utara. Beliau telah melancarakan berpuluh-puluh percubaan dan menjalankan tiga ujian nuklear sejak beliau berkuasa selepas kematian bapanya pada tahun 2011. Regim itu juga mendakwa bahawa meraka sedang dalam peringkat akhir persediaan untuk menjalankan ujian peluru berpandu di antara benua.

Penilaian awal menunjukkan bahawa peranti yang digunakan ialah KN-15 iaitu peluru berpandu bersaiz sederhana yang dilancarkan dari Sinpo, timur laut Pyongyang.

Pada bulan Mac, Tillerson berkata bahawa mereka telah menyediakan semua pilihan termasuk ketenteraan untuk berdepan dengan rejim nuklear terbabit. Trump dijangka akan lebih memberi tekanan kepada Xi mengenai isu Korea Utara di dalam pertemuan pada 6 hingga 7 April ini di Florida.

Perisikan Korea Utara sebelum ini telah mengeluarkan amaran bahawa Korea Utara berpotensi meletupkan peranti nuklear untuk memberi provokasi sewaktu sidang kemuncak AS-China.

Sudah Tahu Apa Yang Terjadi Kepada Pasaran Matawang Pagi Ini?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat