Sudah Tahu Apa Yang Terjadi Kepada Pasaran Matawang Pagi Ini?

45

US Dollar menjadi tarikan berbanding Yen dalam dagangan awal hari ini, namun kekal berada di bawah tekanan gara-gara ujian peluru berpandu oleh Korea Selatan yang dilepaskan ke dalam laut.

Pelancaran peluru berpandu menjelang sidang kemuncak pertemuan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump itu menyokong permintaan buat matawang Yen kerana pasaran cenderung untuk mendapatkan asset selamat bagi menghindarkan sebarang risiko.

Kebimbangan terhadap pertemuan dua gergasi dunia itu secara tidak langsung telah menterbalikkan momentum ke atas US Dollar. Dalam masa yang sama, US Dollar juga berada dalam tekanan berikutan peningkatan spekulasi yang mengatakan bahawa Presiden Donal Trump bakal berdepan kesukaran dalam menunaikan dasar-dasar yang telah dirancang oleh beliau sebelum ini.

Memetik kata-kata Pengarah Firma Penyelidikan Pertukaran Asing Global-Info, pasaran kini sedang meneliti tindakan selanjutnya dari Trump untuk melaksanakan semua dasar yang telah dirancang.

US Dollar meningkat sederhana sebanyak 0.1 peratus berbanding matawang yen kepada 110.85.

US Dollar Index yang menjejaki pengukuhan matawang Greenback berbanding matawang utama yang lain pula didagang agak menjunam hari ini.

Euro dan Dollar Australia pula masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus.

Bank Pusat Australia semalam telah mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar pada paras 1.50 peratus seperti jangkaan. Walau bagaimanapun, peningkatan harga hartanah dan kadar guna tenaga yang lemah telah menimbulkan masalah baru buat ekonomi Australia.

4 Tips Untuk Jadikan Kerjaya Forex Trader Anda Lebih Mudah

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat