Ini Kesan Terjadi Pada AUD/USD Selepas Mesyuarat RBA!

181

Menuju ke penghujung sesi Asia hari ini (Selasa), tumpuan terarah kepada mesyuarat bank pusat Australia ketika pasaran sebelum ini menjangkakan dasar monetari semakin menuju ke arah yang lebih longgar.

Menepati ramalan, Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 3.60%, bermaksud tiada kenaikan atau penurunan kadar berlaku pada mesyuarat kali ini.

Namun bank pusat masih menjangkakan beberapa pengetatan lanjutan mungkin diperlukan dengan objektif untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Selepas reaksi keputusan mesyuarat tersebut, dapat diperhatikan mata wang dolar Australia mula menyusut sedikit untuk didagangkan lebih suram hari ini berbanding semalam.

Pada Isnin semalam, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD melonjak tinggi dengan kenaikan harian sekitar 130 pips telah dicatatkan.

Ini disebabkan faktor penyusutan semula US dolar di awal minggu didorong juga oleh terbitan data tinjauan sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) yang merosot bagi bulan Mac.

Harga berjaya melonjak dari sekitar 0.66600 hingga mencapai ketinggian terbaru pada 0.67900 sebelum corak penurunan harga mula dipaparkan kembali hari ini.

Namun, kesan penyusutan harga adalah lebih perlahan berbanding lonjakan semalam dan kenaikan harga juga telah melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD memberi isyarat untuk pergerakan bullish.

Sekiranya lonjakan berjaya diteruskan semula, harga dilihat bakal menuju ke zon sekitar 0.68300 sebelum melanjutkan kenaikan ke ketinggian 0.69000.

Mencapai ketinggian tersebut, paras tertinggi terbaru 6 minggu akan dicatatkan.

Sebaliknya, jika harga melanjutkan lagi penurunan lebih rendah bersambung ke sesi-sesi berikutnya, paras 0.67000 adalah yang terhampir dijangka akan menjadi tumpuan.

Seterusnya zon lonjakan harga bermula semalam sekitar 0.66600 akan diuji semula dan berkemungkinan harga boleh susut lebih rendah lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat