Seperti Jangkaan, RBA ‘Tekan Brek’ Untuk Kadar Faedah!

193

Reserve Bank of Australia (RBA) menepati jangkaan pasaran untuk mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah pada 3.60% pada mesyuarat polisi edisi April.

Berikut merupakan beberapa butiran utama yang diambil daripada mesyuarat tersebut.

  • RBA menjangkakan beberapa pengetatan lanjut dalam dasar monetari mungkin diperlukan.
  • Para penggubal dasar mengakui dasar beroperasi dengan ketinggalan dan kesan penuh daripada kenaikan kadar faedah masih belum dirasai.
  • Penggubal dasar kekal dengan pendirian untuk mengembalikan inflasi kepada sasaran.
  • Langkah untuk kekalkan kadar faedah bulan ini adalah bagi menyediakan masa tambahan dalam menilai kesan kenaikan kadar dan prospek ekonomi.
  • Peluang untuk mengelak daripada kemelesetan masih kecil.
  • Sistem perbankan Australia kukuh, bermodal baik dan sangat cair.
  • Pertumbuhan upah terus meningkat sebagai tindak balas kepada pasaran buruh yang ketat dan inflasi lebih tinggi.
  • RBA kekal waspada terhadap risiko wage-spiral.
  • Inflasi telah memuncak di Australia, di mana inflasi harga barangan dijangka menyederhana dalam beberapa bulan akan datang.
  • Pertumbuhan ekonomi Australia telah perlahan.

Susulan daripada kenyataan di atas, dapat dilihat bahawa RBA memutuskan untuk membiarkan kadar faedah tidak berubah bagi meneliti kesan lebih lanjut daripada kenaikan agresifnya sebelum ini.

Reaksi awal dolar Aussie melihatkan mata wang itu diperdagangkan sedikit susut pada sekitar harga 0.6760 berbanding greenback.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! Klik sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat