Ini Menarik! ‘Sekolah Metaverse’ Pertama Di Dunia Bakal Diwujudkan Di Perancis

429

‘Perghh, nak masuk metaverse pun pergi sekolah.’

Meta Platfrom Inc dengan kerjasama firma latihan digital di Perancis, Simplon bakal melancarkan ‘sekolah metaverse‘ (metaverse academy) untuk kalendar akademik tahun depan.

Dipercayai bahawa pelancaran tersebut akan menjadikannya yang pertama dalam dunia sejak pengenalan idea dunia maya metaverse yang dipelopori oleh Meta Platform pada Oktober tahun lalu.

Menurut Naib Presiden Meta di Eropah, Laurent Solly, objektif sekolah tersebut pada tahun pertamanya adalah untuk melatih 100 orang pelajar secara percuma melibatkan 2 aliran iaitu pakar pembangun teknologi dan juruteknik sokongan serta bantuan.

Ulas pengasas Simplon, Frederic Bardeau pula kaedah pengajaran akan dibuat secara bersemuka dan berpandukan projek dengan tumpuan pada dunia 3 dimensi (3D), selain berinteraksi dalam alam maya.

Selain itu, sekolah tersebut dikatakan akan melatih 20 orang pelajar di setiap bandar utama termasuk Paris, Lyon, Marseille dan Nice setiap tahun serta menyasarkan kuota penglibatan 30% daripada kumpulan pertama adalah wanita.

Terang Solly dan Bardeau, sekolah metaverse tersebut dibuka kepada umum tanpa mengira CV pemohon dan menyokong diskriminasi positif.

Dalam pada itu, rancangan terbaharu ini dilihat selari dengan aspirasi Meta yang mahu mewujudkan 10,000 pekerjaan di Eropah dalam masa 5 tahun pembangunan metaverse.

Meta dan Simplon menyatakan 80% daripada kerjaya yang wujud pada 2030 kelak masih belum dicipta lagi namun mereka menekankan keperluan untuk membangunkan skim latihan bermula sekarang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat