Ini Mungkin Akan Sebabkan Pound ‘Terpeleot’

562

Sedar tidak sedar, berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson untuk memeterai perjanjian perdagangan Brexit UK-European Union (EU).

Berdasarkan tarikh temeterai perjanjian berlaku pada akhir Julai, sehingga kini keputusan kerajaan negara itu nampaknya masih samar dan kemungkinan besar tiada sebarang kesepakatan dari kerajaan UK.

Britain juga dilaporkan akan berdagang dengan Eropah bersandarkan pada syarat Organisasi Perdagangan Dunia sebaik sahaja tempoh peralihan tamat pada 31 Disember tahun ini.

Secara tidak langsung, kebanyakkan produk yang dihantar oleh majoriti perniagaan UK kepada EU akan dikenakan tarif, termasuk pemeriksaan menyeluruh ke atas produk tersebut.

Perbincangan seterusnya antara ketua perundingan UK, David Frost dan EU, Michel Barnier dijangka berlangsung pada esok, tanpa sebarang kata putus dari kedua-dua pihak.

Tiada lagi pertemuan untuk perbincangan bulan ini, bermakna tarikh akhir Boris akan berakhir begitu sahaja. Perkara ini sudah maklum oleh pihak kerajaan dan mereka bersedia dengan keputusan tersebut.

Kini, segalanya berada di tangan EU untuk bertindak memandangkan Britain tidak akan berganjak dari polisi seperti hak memancing, yang Britain minta Brussels untuk gugurkan tuntutan kepada ahli EU untuk kekalkan hak memancing di perairan UK.

Dijangka perbincangan terakhir dijadualkan pada Ogos, namun menurut Downing Street tiada jaminan bahawa itu adalah peluang terakhir untuk mencapai kesepakatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat