Ini Nasib Emas Selepas Menjunam Parah Pada Awal Minggu

1,576

Dagangan emas terus didagangkan di sekitar paras terendah empat bulan, ditekan oleh hasil bon AS yang tinggi dan US dolar yang kuat ketika pasaran dengan berhati-hati menantikan penerbitan data inflasi AS.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan berlegar pada harga $1,731 per auns, sementara niaga hadapan pula sedikit positif pada $1,732 per auns.

Pergerakan emas dilihat lebih berhati-hati menjelang penerbitan data inflasi yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan perlahan pada bulan lalu. Ia akan dijadikan petunjuk oleh pelabur untuk tindakan penetapan dasar selanjutnya oleh bank pusat AS.

Dua pembuat dasar Federal Reserve (Fed) memberitahu pada hari Isnin, bahawa inflasi sudah berada pada tahap yang dapat mencapai satu tahap ujian untuk permulaan kenaikan kadar faedah.

Namun, pembuat dasar Charles Evans pula memberi pendapat berbeza mengatakan lonjakan inflasi semasa tidak seharusnya mendorong bank pusat untuk mengetatkan dasar monetari sebelum waktunya, dan lebih banyak data pekerjaan perlu dilihat sebelum melakukan perubahan.

Dalam pada itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi sejak pertengahan Julai, pada tahap 1.35% setelah Senat AS meluluskan rang undang-undang infrastruktur AS yang besar, sekali gus membantu pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat